Tuesday, September 28, 2010

Persaraan Tuan Pengetua



Pada tanggal 24 September 2010, Tuan Pengetua, Tuan Haji Hasan bin Sidek telah menamatkan perkhidmatannya sebagai pengetua di SMK Agama Kerian..beliau yang mula bertugas dari 6 April 2009 sehingga 24 Sept 2010. Warga Pusat Sumber mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Pengetua..jasamu akan dikenang sampai bila-bila..kami pasti akan merasai kehilangan beliau yang sangat rapat dengan guru-guru, staf mahupun pelajar2..


Gudluck for PMR!!

Peperiksaan PMR akan bermula pada minggu hadapan. Kami warga Pusat Sumber SMK Agama Kerian berharap agar semua pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh..
Di sini disediakan tips2 untuk menghadapi peperiksaan PMR..Tips ini saya perolehi dari Berita Harian..sila baca dengan penuh khusyuk ya..=)

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.


Kesimpulannya, adakah anda semua sudah bersedia wahai pelajar2 SMK Agama Kerian??

Semoga anda berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik sekali.

Gudluck, and all the best!

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan, Bulan Keberkatan =)


































Alhamdulillah, masuk hari ni sudah 16 hari kita menunaikan ibadah puasa..rasenye belum terlambat untuk sy mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah..sedar x sedar, Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi..lagu raya sudah lama berkumandang di radio-radio dan pasar raya berhampiran..persoalannya, sejauh manakah ibadah kita di bulan yang mulia ini..adakah masih sama seperti tahun-tahun yang lepas, ataupun lebih baik dari yang dahulu..wallahualam..semoga kita mendapat keberkatan dan keampunan di bulan yang mulia ini.. di sini saya sertakan laman web ustaz zaharuddin yg saya rase amat berguna dan bermanfaat untuk kita semua.. =)

http://www.zaharuddin.net/


selamat membaca..!!!

Tuesday, July 27, 2010

Monday, July 12, 2010

Program Berinovasi Pusat Sumber ke KL-Pahang, Part 1





Part 1

Lawatan ke Menara Telekom dan
Perpustakaan Negara























Wednesday, May 5, 2010

PROGRAM KARNIVAL NILAM PERINGKAT SEKOLAH


PENDAHULUAN

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Ia merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Selain daripada itu ia juga merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Bertolak dari kesedaran ini, maka pihak Pusat Sumber Sekolah mengambil inisiatif bagi melaksanakan satu program yang dapat merealisasikan hasrat pihak sekolah dalam mewujudkan budaya gemar membaca di kalangan pelajar.

RASIONAL

Mempastikan setiap pelajar sekolah ini dapat dipupuk dengan minat membaca dalam menjadikan mereka pelajar yang berilmu pengetahuan dan seterusnya aset dalam pembanguan modal insan.

OBJEKTIF

  • Memupuk budaya suka membaca secara berterusan di sepanjang hayat mereka.
  • Meluaskan skop bacaan pelajar daripada terhad hanya kepada sumber ysng beorientasikan peperiksaan semata-mata.
  • Menggalakkan semua warga sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.


SASARAN

Semua pelajar.

TARIKH PELAKSANAAN

10 MEI 2010 hingga 12 MEI 2010


PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK
  1. KATEGORI MENENGAH ATAS


  1. Terbuka kepada semua pelajar yang berada di tingkatan 4 dan 5 sahaja
  2. Setiap kelas perlu manghantar seorang peserta sahaja.
  3. Peserta boleh mendeklamasi sajak ciptaan sendiri atau orang lain.
  4. Sajak yang dipilih mestilah bertemakan semangat patriotik.
  5. Panjang sajak mestilah tidak melebihi 30 baris
  6. Sebarang bantuan sama ada peralatan atau orang tidak dibenarkan.
  7. Pemarkahan berdasarakn kriteria berikut:


Kriteria

Markah Penuh


Sebutan dan intonasi

30


Kelancaran

30


Gaya persembahan

20


Penghayatan

20


Jumlah

100



  1. KATEGORI MENENGAH RENDAH


  1. Terbuka kepada semua pelajar yang berada di tingkatan 1,2 dan 3 sahaja
  2. Setiap kelas perlu manghantar seorang peserta sahaja.
  3. Peserta boleh mendeklamasi sajak ciptaan sendiri atau orang lain.
  4. Sajak yang dipilih mestilah bertemakan semangat patriotik.
  5. Panjang sajak mestilah tidak melebihi 20 baris
  6. Sebarang bantuan sama ada peralatan atau orang tidak dibenarkan.
  7. Pemarkahan berdasarkan kriteria berikut:


Kriteria

Markah Penuh


Sebutan dan intonasi

30


Kelancaran

30


Gaya persembahan

20


Penghayatan

20


Jumlah

100



4) Pertandingan Bercerita ( Story Telling)

  1. Terbuka kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja.
  2. Setiap kelas perlu menghantar seorang peserta sahaja
  3. Cerita perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris
  4. Cerita yang disampaikan mestilah mengandungi unsur sama ada sains, matematik dan teknologi.
  5. Masa yang diperuntukkan cuma selama 8 minit sahaja. Markah tidak akan dikira selepas tempoh masa yang ditetapkan .
  6. Pemarkahan diberi berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan oleh juri yang dilantik.

    Pemarkahan berdasarkan aspek:

Tema dan Kesesuaian Isi

30

Sebutan dan intonasi

30

Persembahan

20

Pewnghayatan

20


5). PERTANDINGAN KUIZ PUSAT SUMBER


  1. Terbuka hanya kepada pengawas pusat sumber
  2. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah markah tertinggi yang diperolehi.
  3. Kuiz adalah secara bertulis yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.

Monday, May 3, 2010

Program Modul Sahsiah Unggul Murid

Program Modul Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) 2010

Pada 3hb Mei 2010, program Modul Sahsiah Unggul Murid telah diadakan di Dewan Besar SMK Agama Kerian yang telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua SMK Agama Kerian, Hj Hassan bin Sidek.

Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata malah merangkumi aspek sahsiah diri, keperibadian, personaliti, serta mempunyai jati diri yang mantap dalam mengharungi cabaran semasa yang serba unik dan kompleks.
Justeru itu dengan adanya modul ini diharapkan agar sahsiah pelajar akan bertambah baik, menjadi insan yang cemerlang rohaniah dan akliah.

OBJEKTIF
1. Membentuk sahsiah pelajar secara berterusan
2. Pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat
3. Membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan seharian.