Monday, October 17, 2016


MINGGU KARNIVAL NILAM TRIBAHASA
PERINGKAT SEKOLAH 2016
ANJURAN: PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKA KERIAN TMUA

   1.  TAJUK
                Laporan Minggu Karnival Nilam Tribahasa Peringkat Sekolah 2016

    2.  TUJUAN
                        Kertas laporan ini dikemukakan untuk melaporkan pelaksanaan Minggu Karnival Nilam Tribahasa Peringkat Sekolah 2016 untuk maklumat mesyuarat pengurusan.

    3.  LATAR BELAKANG
                        Latar belakang Minggu Karnival Nilam Tribahasa:
                        Pusat Sumber Sekolah menjadikan Minggu Karnival Nilam Tribahasa sebagai salah satu aktiviti dalam program Kempen Banyak Membaca Nilam tahunan.  Semua aktiviti yang dirancang  dalam program ini  bertujuan untuk mencari wakil wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan ko –akademik peringkat daerah.

     4.  OBJEKTIF
                        Objektif yang dicapai melalui program ini:
                        1. Menjadikan aktiviti membaca bahan rujukan sebagai sumber utama menambahkan
                            pengetahuan.
2. Mencungkil bakat baru di kalangan pelajar dalam semua aktiviti yang     dipertandingankan.
3. Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan warga sekolah.
4. Mempertingkatkan pengetahuan para pelajar dalam pelbagai ilmu pengetahuan.
5. Menyemai budaya ilmu dalam aktiviti kokurikulum akademik.


5. PERKARA YANG HENDAK DILAPORKAN

                  5.1       TARIKH
                  5.1.1   16 OGOS – 18 OGOS 2016 ( Isnin – Rabu)
                 
                  5.2       TEMPAT
                  5.2.1   Pusat Sumber, Makmal Bahasa, Bilik Media dan Dewan Makan Asrama
                              SMKA Kerian TMUA

6.               PENUTUP
                  Program Minggu Karnival Nilam Tribahasa 2016 telah berjaya mencapai matlamatnya. Ia menjadi pemangkin dalam memupuk minat membaca dalam menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
                 

                                                                 






















Friday, December 18, 2015

MAJLIS ANUGERAH NILAM AKHIR 2015 =)

Masa terus berlalu. Kini, tibalah masa tahun 2015 untuk melabuhkan tirai. Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah banyak melibatkan diri dengan aktif dalam program NILAM atau sebarang aktiviti yang telah dianjurkan oleh Pihak Pusat Sumber Sekolah, pihak kami telah mengadakan Majlis Anugerah NILAM Akhir bagi memberi sedikit cenderahati kepada mereka semua yang berrtempat di Dataran Kejat SMK Agama Kerian TMUA.































Pihak guru juga turut memperoleh cenderahati daripada pihak kami.



Monday, June 8, 2015

KARNIVAL NILAM PSS (MBMMBI)

Pada tarikh 20-22 April 2015, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Karnival Nilam PSS di SMKA Kerian. Tujuan utama penganjuran Karnival Nilam PSS (MBMMBI) ini bertujuan untuk meningkatkan amalan membaca dalam kalangan pelajar demi mencapai kecemerlangan penguasaan ilmu dan maklumat menerusi pelbagai aktiviti pertandingan yang diadakan.

Objektif utama Karnival NILAM PSS (MBMMBI) ini adalah bertujuan  :-

  • Mencungkil bakat terpendam para pelajar dalam pertandingan ke akademik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai persediaan awal untuk mendapat wakil pelajar ke mana-mana pertandingan di peringkat daerah.
  • Minat, kemahiran dan keyakinan para pelajar menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada secara lisan mahupun dalam penulisan dapat dicungkil secara tidak langsung.
  • Budaya cinta akan ilmu dalam kalangan kominiti sekolah melalui wacana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dapat dipupuk dengan serta merta.
  • Prestasi yang unggul dalam berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris dapat ditingkatkan oleh para pelajar pada setiap hari.

  • Peningkatan pencapaian akademik para pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan dalaman seterusnya peperiksaan awam.

  • Meningkatkan amalan membaca pelbagai jenis bahan bacaan dan membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian pelajar.
Karinal ini disertai oleh semua murid Tingkatan 1 - 5 melalui 4 buah rumah sukan dan para pelajar yang memenangi sebarang pertandingan yang disertai akan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.

PERTANDINGAN PANITIA BAHASA MELAYU





PERTANDINGAN PANITIA BAHASA INGGERIS


CADANGAN AKTIVITI / PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Pertandingan Menulis Esei / Essay Writing Competition

A) Menengah Atas (Kategori B.Melayu dan B.Inggeris)

- Terbuka hanya kepada pelajar Tingkatan 5 selaku wakil setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi setiap kategori.
- Tajuk esei akan diberikan pada hari pertandingan.
- Esei tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
- Masa yang diberi ialah selama 1 jam 30 minit sahaja.
- Pemarkahan akan diberi berdasarkan skema pemarkahan peringkat SPM.

B) Menengah Rendah (Kategori B.Melayu dan B.Inggeris)

- Terbuka hanya kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 3 selaku wakil setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi setiap kategori.
- Tajuk esei akan diberikan pada hari pertandingan.
- Esei tidak kurang daripada 250 patah perkataan.
- Masa yang diberi ialah selama 1 jam sahaja.
- Pemarkahan akan diberi berdasarkan skema pemarkahan peringkat PT3.

2. Pertandingan Pidato / Public Speaking Competition (Kategori B.Melayu dan B.Inggeris)

- Terbuka hanya kepada pelajar Tingakatn 4 selaku wakil setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi setiap kategori.
- Pertandingan dibahagikan kepada dua sesi. Dalam sesi pertama, peserta diminta memberikan pengucapan umum bebas berdasarkan salah satu daripada tema berikut:

        a) Budaya Membaca
        b) Literasi Maklumat

- Dalam sesi pertama, peserta diberi masa selama tidak kurang 5 minit.
- Dalam masa kedua tema pengucapan umum akan diundi selepas peserta dikuarantin.
- Masa yang diperuntukkan dalam sesi ini adalah selama tidak kurang daripada 3 minit.
- Pemarkahan akan diberi berdasarkan aspek-aspek berikut:

     TEMA & KESESUAIAN ISI - 30 markah
     SEBUTAN & INTONASI      - 20 markah
     KELANCARAN                    - 20 markah
     BAHASA & KOSA KATA   - 20 markah
     PERSEMBAHAN                  - 10 markah

3. Pertandingan Mendeklamasi Sajak.

- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 selaku wakil bagi setiap rumah sukan.
- Setiap rumahs ukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi pertandingan ini.
- Puisi-puisi yang akan disampaikan adalah dari mana-mana puisi yang telah ditetapkan daripada buku antalogi sastera Tingkatan 1 dan 2.
- Masa yang diperuntukkan semasa menyampaikan puisi adalah tidak kurang daripada 10 minit.
- Pemarkahan adalah berdasarkan aspek-aspek berikut :-

       SEBUTAN & INTONASI  - 30 markah
       KELANCARAN                - 30 markah
       PENGHAYATAN              - 20 markah
       PERSEMBAHAN              - 20 markah

4. Story Telling Competition

- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 selaku wakil daripada setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi pertandingan ini.
- Cerita yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris sahaja.
- Tajuk cerita adalah bebas dengan tema Sains, Teknologi dan unsur-unsur Matematik sahaja.
- Masa yang diperuntukkan adalah 10 minit.
- Pemarkahan berdasarkan aspek-aspek berikut :-

        TEMA & KESESUAIAN ISI - 30 markah
        SEBUTAN & INTONASI     - 30 markah
        PENGHAYATAN                  - 20 markah
        PERSEMBAHAN                  - 20 markah

ANGGARAN PERBELANJAAN sebanyak RM 820

1. Hadiah pertandingan Bahasa Melayu  - RM400
2. Hadiah pertandingan Bahasa Inggeris  - RM 400
3 Air mineral untuk peserta                     - RM 20
                                                               _______
               KEWANGAN PSS                  RM 820




































Pada peringkat sekolah, Karnival Nilam ini diharapkan menjadi serampang dua mata iaitu bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping menjadi agenda bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris. Di samping itu, karnival ini juga diharapkan dapat menyemarakkan aktiviti NILAM dengan adanya kerjasama panitia-panitia bahasa dengan pusat sumber sekolah. Matlamat meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam ketiga-tiga bahasa ini sebenarnya merupakan agenda utama pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sokongan yang telah dirancang. Kesimpulannya, semua matlamat diharapkan dapat dicapai dengan jayanya dan kerjasama semua pihak amat diperlukan. 

Sunday, June 7, 2015

PELANCARAN KEMPEN BANYAK MEMBACA NILAM (FEBRUARI-OKTOBER 2015)

Pada tarikh 9 Februari 2015, Pusat Sumber SMKA Kerian TMUA (PSS SMKAK) telah melancarkan Kempen Banyak Membaca di Dewan Ibnu Khaldun. Kempen ini dirasmikan oleh penolong kanan pentadbiran sekolah iaitu Tuan Haji Radin Shahri bin Radin Salim dan diraikan dengan tepukan gemuruh oleh para pelajar dan para guru.








Sehubungan dengan itu, pelancaran kempen ini dimeriahkan lagi dengan persembahan gimik oleh beberapa pengawas Pusat Sumber yang segak berkaca mata hitam juga kemas berkot hitam sebagai kejutan buat para pelajar.


Matlamat Program ini dilaksanakan dalam tempoh sembilan bulan ini adalah :- 

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhdap aktiviti membaca bahan bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar.
  • Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
  • Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup.
  • Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi mengisi masa terluang untuk mempertingkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
  • Memupuk minat membaca yang tinggi dalam kalangan pelajar SMKA Kerian TMUA.
  • Mewujudkan kerjasama dengan panitia-panitia dan persatuan-persatuan bahasa untuk mencapai matlamat program.

Pelancaran Kempen Banyak Membaca NILAM ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu yang berjudul budaya membaca. 


 BUDAYA MEMBACA

Semaikan di jiwa budaya membaca,
Pasti bertambah ilmu yang ada,
Masa dan usia bukan ukuran,
Yang membezakan kebijaksanaan.

Bacalah bacalah marilah membaca,
Mudah dilakukan di mana berada,
Bacalah dengan mata dan hati,
Dunia luas kita terokai.

Beraneka jenis bahan bacaan,
Yang bermanfaat pilihan utama,
Orang yang berilmu di pandang mulia,
Semaikan budaya membaca.

Korus
Bacalah bacalah marilah membaca
Jadikan membaca budaya kita...( 4X )
Jadikan membaca...
Budaya kita...