Thursday, February 27, 2014

Program Bicara Buku

Satu aktiviti dijalankan di dataran sekolah iaitu Bicara Buku yang telah disampaikan oleh beberapa orang pelajar daripada tingkatan 3 dan 4. Bicara Buku ini dianjurkan untuk mempromosikan buku baru yang telah disediakan di dalam pusat sumber sekolah. Kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar untuk meminjam buku baru yang sangat menarik dan mempunyai informasi yang sangat berguna.




Nama pelajar :

1. Nur Syakirah
2. Liyana Rosmi
3. Siti Fatimah



 Nama pelajar :

1.Nur Faiqah
2. Iffah Najihah
3. Nurul 'Alimah















Suasana di Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian

Monday, February 3, 2014

Pelancaran Kempen Banyak Membaca Nilam 2014

Perasmian Pembukaan Kempen Banyak Membaca Nilam 2014

     Pada tanggal 3 Februari 2014, Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian telah menganjurkan sebuah program Kempen Banyak Membaca Nilam bertempat di Dewan Ibn Khaldun. Pelancaran tersebut dihiasi dengan persembahan syair oleh dua orang pelajar daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Kempen ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua Ustaz Md Radzi Bin Ismail dengan penuh gilang-gemilang. Pelancaran ini dimegahkan lagi dengan nyanyian lagu yang berjudul  Budaya Membaca.
Objektif program ini bertujuan menanam semangat rajn membaca di kalangan para pelajar bagi membentuk generasi yang berintelektual dan berilmu. Di samping itu, para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas serta mendidik diri manjadi seorang pelajar yang berwibawa.

     Dalam tempoh sembilan bulan Kempen Banyak Membaca Nilam ini dirancang dan dilaksanakan, adalah diharapkan dapat mencapai matlamatnya iaitu:

1) Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca bahan bacaan seperti         buku majalah dan surat khabar.

2) Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.

3) Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup.  

4) Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi mengisi masa               terluang untuk mempertingkatkan pencapain dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

5) Memupuk minat membaca yang tinggi dalam kalangan pelajar SMKA KERIAN

6) Mewujudkan kerjasama dengan Panitia dan Persatuan khususnya Panitia-panitia dan persatuan-                   persatuan bahasa untuk mencapai matlamat program.





















 BUDAYA MEMBACA

Semaikan di jiwa budaya membaca,
Pasti bertambah ilmu yang ada,
Masa dan usia bukan ukuran,
Yang membezakan kebijaksanaan.

Bacalah bacalah marilah membaca,
Mudah dilakukan di mana berada,
Bacalah dengan mata dan hati,
Dunia luas kita terokai.

Beraneka jenis bahan bacaan,
Yang bermanfaat pilihan utama,
Orang yang berilmu di pandang mulia,
Semaikan budaya membaca.

Korus
Bacalah bacalah marilah membaca
Jadikan membaca budaya kita...( 4X )
Jadikan membaca...
Budaya kita...

A book is a gift you can open again and again....