MINGGU KARNIVAL NILAM TRIBAHASA
PERINGKAT SEKOLAH 2016
ANJURAN: PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKA KERIAN
TMUA
1. TAJUK
Laporan Minggu Karnival Nilam Tribahasa
Peringkat Sekolah 2016
2. TUJUAN
Kertas laporan ini dikemukakan untuk
melaporkan pelaksanaan Minggu Karnival Nilam Tribahasa Peringkat Sekolah 2016
untuk maklumat mesyuarat pengurusan.
3. LATAR BELAKANG
Latar belakang Minggu Karnival Nilam
Tribahasa:
Pusat
Sumber Sekolah menjadikan Minggu Karnival Nilam Tribahasa sebagai salah satu
aktiviti dalam program Kempen Banyak Membaca Nilam tahunan. Semua aktiviti yang dirancang dalam program ini bertujuan untuk mencari wakil wakil sekolah
dalam pelbagai pertandingan ko –akademik peringkat daerah.
4. OBJEKTIF
Objektif yang dicapai melalui program
ini:
1.
Menjadikan aktiviti membaca bahan rujukan sebagai sumber utama menambahkan
pengetahuan.
2. Mencungkil bakat baru di kalangan
pelajar dalam semua aktiviti yang
dipertandingankan.
3. Meningkatkan kadar pembacaan di
kalangan warga sekolah.
4. Mempertingkatkan pengetahuan para
pelajar dalam pelbagai ilmu pengetahuan.
5. Menyemai budaya ilmu dalam aktiviti
kokurikulum akademik.
5. PERKARA YANG HENDAK DILAPORKAN
5.1 TARIKH
5.1.1 16 OGOS – 18 OGOS 2016 ( Isnin – Rabu)
5.2 TEMPAT
5.2.1 Pusat Sumber, Makmal Bahasa, Bilik Media dan Dewan Makan Asrama
SMKA
Kerian TMUA
6. PENUTUP
Program Minggu Karnival Nilam Tribahasa
2016 telah berjaya mencapai matlamatnya. Ia menjadi pemangkin dalam memupuk
minat membaca dalam menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.