PENDAHULUAN
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Ia merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Selain daripada itu ia juga merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Bertolak dari kesedaran ini, maka pihak Pusat Sumber Sekolah mengambil inisiatif bagi melaksanakan satu program yang dapat merealisasikan hasrat pihak sekolah dalam mewujudkan budaya gemar membaca di kalangan pelajar.
RASIONAL
Mempastikan setiap pelajar sekolah ini dapat dipupuk dengan minat membaca dalam menjadikan mereka pelajar yang berilmu pengetahuan dan seterusnya aset dalam pembanguan modal insan.
OBJEKTIF
- Memupuk budaya suka membaca secara berterusan di sepanjang hayat mereka.
- Meluaskan skop bacaan pelajar daripada terhad hanya kepada sumber ysng beorientasikan peperiksaan semata-mata.
- Menggalakkan semua warga sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
SASARAN
Semua pelajar.
TARIKH PELAKSANAAN
10 MEI 2010 hingga 12 MEI 2010
- KATEGORI MENENGAH ATAS
- Terbuka kepada semua pelajar yang berada di tingkatan 4 dan 5 sahaja
- Setiap kelas perlu manghantar seorang peserta sahaja.
- Peserta boleh mendeklamasi sajak ciptaan sendiri atau orang lain.
- Sajak yang dipilih mestilah bertemakan semangat patriotik.
- Panjang sajak mestilah tidak melebihi 30 baris
- Sebarang bantuan sama ada peralatan atau orang tidak dibenarkan.
- Pemarkahan berdasarakn kriteria berikut:
Kriteria | Markah Penuh | |
Sebutan dan intonasi | 30 | |
Kelancaran | 30 | |
Gaya persembahan | 20 | |
Penghayatan | 20 | |
Jumlah | 100 |
- KATEGORI MENENGAH RENDAH
- Terbuka kepada semua pelajar yang berada di tingkatan 1,2 dan 3 sahaja
- Setiap kelas perlu manghantar seorang peserta sahaja.
- Peserta boleh mendeklamasi sajak ciptaan sendiri atau orang lain.
- Sajak yang dipilih mestilah bertemakan semangat patriotik.
- Panjang sajak mestilah tidak melebihi 20 baris
- Sebarang bantuan sama ada peralatan atau orang tidak dibenarkan.
- Pemarkahan berdasarkan kriteria berikut:
Kriteria | Markah Penuh | |
Sebutan dan intonasi | 30 | |
Kelancaran | 30 | |
Gaya persembahan | 20 | |
Penghayatan | 20 | |
Jumlah | 100 |
4) Pertandingan Bercerita ( Story Telling)
- Terbuka kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja.
- Setiap kelas perlu menghantar seorang peserta sahaja
- Cerita perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris
- Cerita yang disampaikan mestilah mengandungi unsur sama ada sains, matematik dan teknologi.
- Masa yang diperuntukkan cuma selama 8 minit sahaja. Markah tidak akan dikira selepas tempoh masa yang ditetapkan .
- Pemarkahan diberi berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan oleh juri yang dilantik.
Pemarkahan berdasarkan aspek:
Tema dan Kesesuaian Isi | 30 |
Sebutan dan intonasi | 30 |
Persembahan | 20 |
Pewnghayatan | 20 |
5). PERTANDINGAN KUIZ PUSAT SUMBER
- Terbuka hanya kepada pengawas pusat sumber
- Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah markah tertinggi yang diperolehi.
- Kuiz adalah secara bertulis yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.