Objektif utama Karnival NILAM PSS (MBMMBI) ini adalah bertujuan :-
- Mencungkil bakat terpendam para pelajar dalam pertandingan ke akademik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai persediaan awal untuk mendapat wakil pelajar ke mana-mana pertandingan di peringkat daerah.
- Minat, kemahiran dan keyakinan para pelajar menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada secara lisan mahupun dalam penulisan dapat dicungkil secara tidak langsung.
- Budaya cinta akan ilmu dalam kalangan kominiti sekolah melalui wacana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dapat dipupuk dengan serta merta.
- Prestasi yang unggul dalam berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris dapat ditingkatkan oleh para pelajar pada setiap hari.
- Peningkatan pencapaian akademik para pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan dalaman seterusnya peperiksaan awam.
- Meningkatkan amalan membaca pelbagai jenis bahan bacaan dan membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian pelajar.
Karinal ini disertai oleh semua murid Tingkatan 1 - 5 melalui 4 buah rumah sukan dan para pelajar yang memenangi sebarang pertandingan yang disertai akan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
PERTANDINGAN PANITIA BAHASA INGGERIS
CADANGAN AKTIVITI / PERTANDINGAN
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan Menulis Esei / Essay Writing Competition
A) Menengah Atas (Kategori B.Melayu dan B.Inggeris)
- Terbuka hanya kepada pelajar Tingkatan 5 selaku wakil setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi setiap kategori.
- Tajuk esei akan diberikan pada hari pertandingan.
- Esei tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
- Masa yang diberi ialah selama 1 jam 30 minit sahaja.
- Pemarkahan akan diberi berdasarkan skema pemarkahan peringkat SPM.
B) Menengah Rendah (Kategori B.Melayu dan B.Inggeris)
- Terbuka hanya kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 3 selaku wakil setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi setiap kategori.
- Tajuk esei akan diberikan pada hari pertandingan.
- Esei tidak kurang daripada 250 patah perkataan.
- Masa yang diberi ialah selama 1 jam sahaja.
- Pemarkahan akan diberi berdasarkan skema pemarkahan peringkat PT3.
2. Pertandingan Pidato / Public Speaking Competition (Kategori B.Melayu dan B.Inggeris)
- Terbuka hanya kepada pelajar Tingakatn 4 selaku wakil setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi setiap kategori.
- Pertandingan dibahagikan kepada dua sesi. Dalam sesi pertama, peserta diminta memberikan pengucapan umum bebas berdasarkan salah satu daripada tema berikut:
a) Budaya Membaca
b) Literasi Maklumat
- Dalam sesi pertama, peserta diberi masa selama tidak kurang 5 minit.
- Dalam masa kedua tema pengucapan umum akan diundi selepas peserta dikuarantin.
- Masa yang diperuntukkan dalam sesi ini adalah selama tidak kurang daripada 3 minit.
- Pemarkahan akan diberi berdasarkan aspek-aspek berikut:
TEMA & KESESUAIAN ISI - 30 markah
SEBUTAN & INTONASI - 20 markah
KELANCARAN - 20 markah
BAHASA & KOSA KATA - 20 markah
PERSEMBAHAN - 10 markah
3. Pertandingan Mendeklamasi Sajak.
- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 selaku wakil bagi setiap rumah sukan.
- Setiap rumahs ukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi pertandingan ini.
- Puisi-puisi yang akan disampaikan adalah dari mana-mana puisi yang telah ditetapkan daripada buku antalogi sastera Tingkatan 1 dan 2.
- Masa yang diperuntukkan semasa menyampaikan puisi adalah tidak kurang daripada 10 minit.
- Pemarkahan adalah berdasarkan aspek-aspek berikut :-
SEBUTAN & INTONASI - 30 markah
KELANCARAN - 30 markah
PENGHAYATAN - 20 markah
PERSEMBAHAN - 20 markah
4. Story Telling Competition
- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 selaku wakil daripada setiap rumah sukan.
- Setiap rumah sukan WAJIB menghantar hanya seorang peserta bagi pertandingan ini.
- Cerita yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris sahaja.
- Tajuk cerita adalah bebas dengan tema Sains, Teknologi dan unsur-unsur Matematik sahaja.
- Masa yang diperuntukkan adalah 10 minit.
- Pemarkahan berdasarkan aspek-aspek berikut :-
TEMA & KESESUAIAN ISI - 30 markah
SEBUTAN & INTONASI - 30 markah
PENGHAYATAN - 20 markah
PERSEMBAHAN - 20 markah
ANGGARAN PERBELANJAAN sebanyak RM 820
1. Hadiah pertandingan Bahasa Melayu - RM400
2. Hadiah pertandingan Bahasa Inggeris - RM 400
3 Air mineral untuk peserta - RM 20
_______
KEWANGAN PSS RM 820
Pada peringkat sekolah, Karnival Nilam ini diharapkan menjadi serampang dua mata iaitu bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping menjadi agenda bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris. Di samping itu, karnival ini juga diharapkan dapat menyemarakkan aktiviti NILAM dengan adanya kerjasama panitia-panitia bahasa dengan pusat sumber sekolah. Matlamat meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam ketiga-tiga bahasa ini sebenarnya merupakan agenda utama pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sokongan yang telah dirancang. Kesimpulannya, semua matlamat diharapkan dapat dicapai dengan jayanya dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.