Keputusan Penuh Kempen Banyak Membaca Nilam Tribahasa 2014
Tingkatan Kedudukan Pemenang Rumah Sukan Jumlah Bacaan
1 1 Ayuni Fadzlin Bt Azmi Biru 43
2 Nur Anisah Bt Anuar Kuning 31
3 Ahmad Sulaimi Afkar Hijau 25
2 1 Meor Mohammad Syamil Biru 149
2 Muhd Khuzaimi b Osman Kuning 67
3 Siti Nor Sarah Abdul Malek Hijau 59
3 1 Nur Hidayah Idris Kuning 23
2 Wan Nazurah Mohd Nasir Hijau 12
3 Nur Fildza Shahnaz Khairul Kuning 11
4 1 Nur Shakira Hidir Biru 42
2 Nurul Nasihah Aminuddin Hijau 32
3 Rabiatul Adawiyah Sabri Biru 9
5 1 Eka Shazwani Md Salleh Kuning 30
2 Nurul Auni Syahirah Mohd Kuning 25
3 Atikah Izzati Abu Kahar Kuning 23
Kelas Terbaik Mengikut Tingkatan
Tingkatan 1 : 1 Bukhari - 229
Tingkatan 2 : 2 khawarizmi - 580
Tingkatan 3 : 3 Khawarizmi - 41
Tingkatan 4 : 4 Bukhari - 79
Tingkatan 5 : 5 Farabi - 79
Pengunjung Terbaik
* Siti Norsarah bt Abdul Malek 2B
* Ahmad Amirul Asyraf Abd Tarmizi 5B
Jumlah Catatan Nilam Terbaik Sehingga Febuari 2014 Mengikut Rumah Sukan
1. Kuning - 823
2. Hijau - 530
3. Biru - 512
4. Merah - 337
Tahniah kepada para pemenang atas kejayaan yang telah dicapai. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
Thursday, March 20, 2014
Thursday, February 27, 2014
Program Bicara Buku
Satu aktiviti dijalankan di dataran sekolah iaitu Bicara Buku yang telah disampaikan oleh beberapa orang pelajar daripada tingkatan 3 dan 4. Bicara Buku ini dianjurkan untuk mempromosikan buku baru yang telah disediakan di dalam pusat sumber sekolah. Kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar untuk meminjam buku baru yang sangat menarik dan mempunyai informasi yang sangat berguna.
Nama pelajar :
1. Nur Syakirah
2. Liyana Rosmi
3. Siti Fatimah
Nama pelajar :
1.Nur Faiqah
2. Iffah Najihah
3. Nurul 'Alimah
Suasana di Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian
Monday, February 3, 2014
Pelancaran Kempen Banyak Membaca Nilam 2014
Perasmian Pembukaan Kempen Banyak Membaca Nilam 2014
Pada tanggal 3 Februari 2014, Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian telah menganjurkan sebuah program Kempen Banyak Membaca Nilam bertempat di Dewan Ibn Khaldun. Pelancaran tersebut dihiasi dengan persembahan syair oleh dua orang pelajar daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Kempen ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua Ustaz Md Radzi Bin Ismail dengan penuh gilang-gemilang. Pelancaran ini dimegahkan lagi dengan nyanyian lagu yang berjudul Budaya Membaca.
Objektif program ini bertujuan menanam semangat rajn membaca di kalangan para pelajar bagi membentuk generasi yang berintelektual dan berilmu. Di samping itu, para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas serta mendidik diri manjadi seorang pelajar yang berwibawa.
Dalam tempoh sembilan bulan Kempen Banyak Membaca Nilam ini dirancang dan dilaksanakan, adalah diharapkan dapat mencapai matlamatnya iaitu:
1) Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca bahan bacaan seperti buku majalah dan surat khabar.
2) Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
3) Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup.
4) Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi mengisi masa terluang untuk mempertingkatkan pencapain dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
5) Memupuk minat membaca yang tinggi dalam kalangan pelajar SMKA KERIAN
6) Mewujudkan kerjasama dengan Panitia dan Persatuan khususnya Panitia-panitia dan persatuan- persatuan bahasa untuk mencapai matlamat program.
BUDAYA MEMBACA
Semaikan di jiwa budaya membaca,
Pasti bertambah ilmu yang ada,
Masa dan usia bukan ukuran,
Yang membezakan kebijaksanaan.
Bacalah bacalah marilah membaca,
Mudah dilakukan di mana berada,
Bacalah dengan mata dan hati,
Dunia luas kita terokai.
Beraneka jenis bahan bacaan,
Yang bermanfaat pilihan utama,
Orang yang berilmu di pandang mulia,
Semaikan budaya membaca.
Korus
Bacalah bacalah marilah membaca
Jadikan membaca budaya kita...( 4X )
Jadikan membaca...
Budaya kita...
A book is a gift you can open again and again....

Subscribe to:
Posts (Atom)