Wednesday, February 6, 2013

Pelancaran Kempen Membaca Nilam Tribahasa 2013

   Kempen Membaca Nilam merupakan program yang dianjurkan setiap tahun di sekolah. Pada 4 haribulan Februari, Program Membaca Nilam Tribahasa 2013 telah dilancarkan oleh ayahanda tuan pengetua, Tn. Md Radzi Bin Ismail.

Antara aktiviti yang di anjurkan ialah:


  • Bicara Buku
  • Projek Banyak Membaca Nilam
  • Perpustakaan Mini
  • Kuiz Panitia
  • Pengunjung PSS bertuah

Antara matlamat program ini ialah:

  1. Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca bahan bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar.
  2. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan imu pengetahuan.
  3. Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup.
  4. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi mengisi masa terluang untuk mempertingkat pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
  5. Memupuk minat membaca yang tinggi dalam kalangan pelajar SMKA Kerian.
  6. Mewujudkan kerjasama dengan panitia dan persatuan khususnya Panitia-panitia dan persatuan-persatuan bahasa untuk mencapai matlamat program.